Showing posts with label Healthy life. Show all posts
Showing posts with label Healthy life. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

How to get lean legs

Hi people,
Ok here I just nak share a workout I have been doing. Well its really intensive at first, but lama-lama get use to dah. Bila u all buat senaman ni secara tak langsung boleh belajar a few workout yang ada. I ni noob gile when it comes to exercise and all that. But thanks to my my body building friends, yang ajar I pasal exercise ni. Study di tempat engineering ni secara langsung ada ramai boys. So trend diorang sekarang adalah body building. Memang buff la sorang-sorang.  Ada yang sampai tahap scary buff tu(mohon ampun). But I dont really go for man yang too obsess ngan body building ni. Sebab time tua nanti camne kan.huhu. Okay thats why.

But lupakan pasal tu, lets get back kat main topic kita . How to get lean legs. Well I have been doing this work out for quite a while. I think it worked but Im not really sure, sebab sekarang pun sangat menjaga pemakanan, and dah lose a lot of weight recently. Maksud jaga pemakanan tu bukan diet ye. I cant do that. Sebab suka sangat makan. Selalu  je rasa lapar. No wonder sebelum ni berat gila. But now, I selalu eat healthy, that is makan sayur banyak and kurangkan makanan berlemak . Macam cake and fast food. Chocolate my fav sampai ada addiction tu doesnt make you fat kay. Especially dark choc. Its actually good for you. Dark choc pulak boleh manaikkan IQ.Its good for your brain.

Okay below ada pic workout tu.


Basicly, exercise ni perlu buat 3 kali seminggu. If nak lebih intensive boleh tambah dumbbells.Masa buat squat and lunges make sure knee tak melebihi hujung jari kaki, untuk elak dari sebarang kecederaan, or effect sampingan. Penting untuk exercise dengan betul, supaya taklah nak sihat tapi jadi sakit lain pulak.Kalau boleh buat semua exercise ni non stop. Maybe first try tak tahan, but lepas tu try untuk habiskan circuit ni tanpa henti.

Mesti ada yang fikir, kenapa nak build muscle kalau nak dapatkan kaki yang lean ni. Muscle sebenarnya boleh membakar lemak kita. Lagi banyak muscle lagi banyak die burn. Ok , memang korang boleh exercise untuk burn all that fat kan, tapi muscle ni akan burn your fat even when you tak exercise. Lagi senang nak lose weight. Bagi yang terlalu kurus, muscle boleh menaikkan berat anda, and ada la shape skit. Kalau makan banyak mana pun and still tak gain weight, bersenam lah. Mungkin tahap metabilism anda terlalu tinggi. Muscle lebih berat dari fat , thats why nampak lebih kurus,tapi ada je yang berat maintain or naik.
Hope senaman ini menjadi untuk you all. Work hard to get the results kay.Jangan lupa untuk jaga pemakanan. Kurangkan yang high calories, banyakkan sayur dan buah-buahan.Kenapa? Sebab dalam quntiti yang banyak ,calorie dia still kurang dibandingkan dengan makanan yang calories tinggi , tapi quantiti lebih sedikit.

But walau exercise perlu banyak hard work. Untuk lebih efektif, pakailah corset premium beautiful. Dengan teknologi FIR dalam setiap benang , dapat meningkatkankadar metabolism diri. Yang perut boroi, boleh dihilangkan, kaki berselisih selalu pun dah takde, nak langsingkan badan pun boleh.

Corset Premium Beautiful ni pun if tak exercise pun still boleh nampak perubahan . Corset ni boleh mengurangkan lemak. Time first time pakai pun dah nampak perubahan. if you nak perubahan yang cepat la.




Wednesday, 25 June 2014

Apa itu denggi dan symptom nya.

Kerana beberapa tahun ini bilangan orang menghidap denggi semakin ramai , disini saya nak terangkan antara symptom-symptom denggi. Mungkin ada yang demam dan dengan kenaikan pesakit denggi ni , takut ada terkena jangkitan. Saya pernah pergi ke hospital check untuk denggi kerana demam yang tak tentu dan sakit sendi yang ketara. Lepas kene cucuk 2 3 kali jugak untuk ambik darah, alhamdulillah takde apa. Virus yang tidak berkaitan dengan denggi.



But first, ini sedikit pengenalan tentang denggi

Apa itu denggi?

    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
    Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
    Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
    Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

Cara berjangkit
    Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.
     Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
    Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
    Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Cara membiak

    A. Di dalam rumah
    1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
    2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
    3. Perangkap semut.

    B. Di luar rumah1. Di dalam tayar buruk.
    2. Saluran air hujan.
    3. Tin-tin kosong atau botol.
    4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
    5. Cawan getah
    6. Lubang pokok
    7. Tunggul buluh
    8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas




Symptom-symptom Denggi

Cirit-birit
Demam secara mengejut
Loya dan muntah-muntah
Ruam dan gatal-gatal Sakit bahagian belakang biji mata
Sakit kepala yang teruk
Sakit otot dan sendi yang teruk
Sakit perut
Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)

Sympton-sympton tersebut akan dirasai selapas 5 hingga 6 hari. Jika anda ada sympton tersebut, dinasihatkan dengan segeranya jumpa doktor.





Mencegah lebih baik dari mengubati . Sekian