Wednesday 25 June 2014

Apa itu denggi dan symptom nya.

Kerana beberapa tahun ini bilangan orang menghidap denggi semakin ramai , disini saya nak terangkan antara symptom-symptom denggi. Mungkin ada yang demam dan dengan kenaikan pesakit denggi ni , takut ada terkena jangkitan. Saya pernah pergi ke hospital check untuk denggi kerana demam yang tak tentu dan sakit sendi yang ketara. Lepas kene cucuk 2 3 kali jugak untuk ambik darah, alhamdulillah takde apa. Virus yang tidak berkaitan dengan denggi.



But first, ini sedikit pengenalan tentang denggi

Apa itu denggi?

    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
    Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
    Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
    Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

Cara berjangkit
    Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.
     Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
    Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
    Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Cara membiak

    A. Di dalam rumah
    1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
    2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
    3. Perangkap semut.

    B. Di luar rumah1. Di dalam tayar buruk.
    2. Saluran air hujan.
    3. Tin-tin kosong atau botol.
    4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
    5. Cawan getah
    6. Lubang pokok
    7. Tunggul buluh
    8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas




Symptom-symptom Denggi

Cirit-birit
Demam secara mengejut
Loya dan muntah-muntah
Ruam dan gatal-gatal Sakit bahagian belakang biji mata
Sakit kepala yang teruk
Sakit otot dan sendi yang teruk
Sakit perut
Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)

Sympton-sympton tersebut akan dirasai selapas 5 hingga 6 hari. Jika anda ada sympton tersebut, dinasihatkan dengan segeranya jumpa doktor.





Mencegah lebih baik dari mengubati . Sekian

No comments:

Post a Comment